A.R Badul Juara Bakat 75 - Utusan Malaysia

A.R Badul Juara Bakat 75

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKHBARUtusan Malaysia pada 27 Januari 1975 memuatkan berita “Juara bakat 75” ditentukan malam ini.

Pertandingan peringkat akhir yang menawarkan hadiah tiap-tiap satu RM2,000 akan berlangsung di Dewan Bandaraya Ipoh dan disiarkan secara langsung oleh Radio Televiseyen Malaysia.

Sembilan peserta tiga antaranya bertanding dalam bahagian solo, tiga dalam lawak Jenaka atau mimik dan tiga lagi dalam bahagian silap mata atau cakat.

Dalam keputusan yang dicatatkan dalam akhbar hari berikutnya, A.R Badul dan rakannya R. Jaafar menjuarai bahagian Lawak Jenaka atau mimik menewaskan Mohamad Haji Salleh dan rakan dari Sabah serta Abdul Rahman Ozir dan rakan (Sarawak).

Ketika ditanya, A.R Badul berharap dengan kemenangannya itu ia akan dapat mengembangkan bakat yang diwarisi dari bapanya Allahyarham A.R. Tompel. A.R Badul memulakan karya lawak jenakanya sejak tahun 1967 di atas pentas, tetapi bakat itu tidak dapat diketengahkan kerana kurang kemudahan.

 

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau email: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya