UMNO paling layak tentukan siapa Ketua Menteri - Utusan Malaysia

UMNO paling layak tentukan siapa Ketua Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Meskipun Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sudahpun berakhir dengan keputusan memihak kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang majoriti mudah 38 kerusi, namun cabaran sebenar buat pakatan politik itu baru bermula.

Mana tidaknya, isu calon Ketua Menteri pernah menggegarkan GRS ketika hari penamaan calon apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa Perikatan Nasional (PN) akan mencalonkan Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor seandainya menang.

Barisan Nasional (BN) pula tegas mengatakan isu siapa Ketua Menteri akan ditentukan oleh parti komponen yang menang paling banyak kerusi dalam persaingan semalam.

Meskipun BN hanya menang 14 kerusi berbanding PN 17 kerusi dan Parti Bersatu Sabah (PBS) tujuh kerusi, tetapi jika dikira mengikut komponen, kesemua kerusi yang dimenangi BN itu adalah milik UMNO.

Bersatu dalam PN hanya menang 11 kerusi dan STAR pula enam kerusi sahaja.

Jika dilihat berdasarkan apa yang dihajatkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini, maka tidak lain dan tidak bukan UMNO lah yang paling layak menentukan siapakah calon Ketua Menteri yang baharu.

Andai itu formulanya, Pengerusi BN Sabah yang menang di DUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin merupakan pemimpin yang disebut-sebut sebagai calon daripada BN.

Sehingga kini, belum ada sebarang kata putus dibuat GRS meskipun perbincangan berhubung perkara itu telah dibincangkan sebaik sahaja mengetahui mereka berjaya menawan Sabah daripada tangan gabungan Warisan Plus.

Hanya persefahaman sahaja yang mampu merungkai permasalahan ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya