KUALA LUMPUR: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang dari DAP, Phoong Jin Zhe kini mendahului calon-calon lain dengan lebih 10,000 majoriti.
Beliau mendahului dengan 15,138 undi mengatasi calon Parti Progresif Sabah (SAPP), Gee Tien Siong dengan hanya 988 undi.
Empat lagi calon dari Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan calon bebas jauh ketinggalan dengan undian tidak lebih 300.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Jannie Lasimbang dari DAP telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 12,408 undi. – UTUSAN ONLINE