PRN Sabah: 16,877 pemilih undi awal esok - Utusan Malaysia

PRN Sabah: 16,877 pemilih undi awal esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 16,877 pemilih akan mengundi awal esok bertempat di 55 Pusat Mengundi Awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Ikmalrudin Ishak berkata, jumlah itu melibatkan 7,487 anggota tentera dan pasangan serta 9,390 anggota polis.

Menurut beliau, kesemua pusat pengundian awal itu akan dibuka mulai pukul 8.00 pagi.

“Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 yang berkuat kuasa seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi
tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan.

“Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang telah dilantik oleh SPR,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di samping itu, Ikmalrudin berkata, SPR akan menyiarkan proses pengundian itu secara live streaming menerusi Facebook SPR.

Katanya, semua peti undi bagi pengundian awal itu akan disimpan di lokap-lokap balai polis.

“Kertas-kertas undi tersebut hanya akan dikira pada 26 September 2020 bermula jam 4.00 petang.

“Pengiraan kertas undi akan dijalankan di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi akan disaksikan oleh ejen-ejen calon masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya