KUALA LUMPUR: Upacara angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu dijadualkan berlangsung di Istana Negeri Sabah, Kota Kinabalu, esok.
Jabatan Penerangan Negeri Sabah memaklumkan, majlis itu berlangsung pada pukul 10.30 pagi.
Persoalan berkenaan siapa yang bakal menyandang jawatan berkenaan belum ditentukan sehinggalah keputusan rasmi dikeluarkan pada bila-bila masa.
Sabtu lalu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya membentuk kerajaan baharu dengan majoriti tipis apabila memperoleh 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. – UTUSAN ONLINE