Kemenangan 41:32 - Annuar Musa - Utusan Malaysia

Kemenangan 41:32 – Annuar Musa

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sabah yang baharu di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibentuk dengan jumlah 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk penyertaan tiga wakil rakyat Bebas.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, GRS seterusnya akan membincangkan langkah bagi membentuk kerajaan prihatin rakyat Sabah.

“Rakyat Sabah sudah bersuara 41-32. GRS akan membentuk kerajaan baharu Sabah, insya-Allah. GRS akan bincang esok langkah seterusnya secara bersama bagi membentuk kerajaan prihatin rakyat Sabah,” katanya menerusi ciapan Twitter miliknya hari ini.

Tiga calon Bebas yang menang malam tadi adalah Masiung Banah yang mengekalkan kemenangan di DUN Kuamut dengan 2,802 undi (majoriti 978 undi) menewaskan calon BN, Juhari Janan (1,547 undi); Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Benson Inggam (1,824 undi); Parti Cinta Sabah (PCS), Mohd Mezsi Ng Abdullah (721 undi) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Dr Ationg Tituh (270 undi).

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, Masiung menang di DUN berkenaan atas tiket BN dengan mendapat majoriti undi 4,121.

Sementara, calon Bebas di Dun Kemabong, Datuk Rubin Balang menang 4,214 undi dengan majoriti 1,012 undi, menewaskan calon UPKO Lucas Umbul (3,202 undi); BN, Raime Unggi (2,966 undi); Parti Liberal Demokratik (LDP) Juster Peter (268); PCS, Tay Jin Kiong @ Alfred (229 undi) dan USNO, Rainus Sagulau (73 undi).

Rubin sebelum ini telah menyatakan hasrat dan pendiriannya untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) dan sedia menyokong sesiapa saja yang dicadangkan oleh PN untuk menjadi ketua menteri.

Seorang lagi calon Bebas adalah di DUN Pitas, Datuk Ruddy Awah yang menang 2,918 undi dengan majoriti 599 undi mengalahkan calon BN Sufian Abd Karim (2,359 undi); Parti Warisan Sabah (Warisan) Shariff Azman (1,565 undi); PCS Sh Sahar Sh Ading (314) dan Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Ilasam Nurkasim (114).

Ruddy Ogos lalu mengumumkan penyertaannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum mengambil keputusan bertanding di Dun berkenaan selepas kerusi itu diberikan kepada calon Umno ketika pengagihan kerusi dibuat antara BN dan PN sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya