Bung Mokhtar mendahului di Lamag - Utusan Malaysia

Bung Mokhtar mendahului di Lamag

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mendahului lawannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag menerusi keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.40 malam ini.

Calon Barisan Nasional (BN) itu mengumpul 228 undi meninggalkan lawannya dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohd. Ismail Ayob yang mengumpul 165 undi.

Tiga lagi calon dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Parti Cinta Sabah (PCS) dan calon bebas jauh ketinggalan dengan jumlah tidak sampai 10 undi.

Lamag adalah satu daripada DUN yang baru ditubuhkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini dengan jumlah pengundi sebanyak 8,159 orang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya