Bukti rakyat Sabah matang - Utusan Malaysia

Bukti rakyat Sabah matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejayaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan kerjasama Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri baharu dengan majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam membuktikan rakyat di negeri itu meletakkan keyakinan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan yang berakhir lewat tengah malam semalam menyaksikan kematangan rakyat negeri di bawah bayu itu menjulang semangat federalisme demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat.

“PN akan menggalas mandat ini dengan penuh tekad dan iltizam untuk menjana usaha pembangunan serta mencerdaskan ekonomi pasca pandemik Covid-19. Selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama, negeri dan rakyat Sabah akan menimati pembangunan yang inklusif, saksama dan berkualiti.

“Mandat yang diberikan oleh rakyat Sabah jelas membuktikan rakyat memilih sebuah kerajaan negeri yang prihatin, inklusif dan menjamin kedaulatan negeri serta keselamatan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

GRS membentuk kerajaan negeri di Sabah selepas memperoleh majoriti mudah iaitu memenangi 38 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN Sabah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya