Tidak rasmi: Wilfred Madius Tangau ketinggalan, sukar cabar PBS - Utusan Malaysia

Tidak rasmi: Wilfred Madius Tangau ketinggalan, sukar cabar PBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ketinggalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu kepada penyandang kerusi tersebut, Datuk Joniston Bangkuai.

Setakat pukul 8.30 malam ini, calon Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu memperoleh 836 undi, kurang 604 undi berbanding Joniston yang bertanding atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS).

Setakat ini, jumlah undian tidak rasmi yang dikira hanya 2,512 berbanding 10,887 jumlah pengundi untuk DUN tersebut.

Kerusi itu menyaksikan pertandingan enam penjuru yang turut melibatkan calon dari Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan dua calon Bebas. Kesemua mereka masih belum mencapai 100 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), DUN Kiulu dimenangi Joniston dengan majoriti 1,443 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya