16,877 pengundi awal pilih kerajaan baharu Sabah hari ini - Utusan Malaysia

16,877 pengundi awal pilih kerajaan baharu Sabah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sebanyak 16,877 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Pusat-pusat pengundian di buka mulai pukul 8 pagi tadi membabitkan 55 pusat.

Pengundi awal itu terdiri daripada 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis termasuk pasangan mereka yang layak mengundi.

Antara lokasi yang menjadi pusat pengundian awal ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Kem Lok Kawi dan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Teluk Sepanggar juga turut menjadi pusat untuk proses pengundian itu.

Pengundi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mencegah penularan COVID-19 seperti memakai pelitup muka, saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal dan menggunakan pensanitasi tangan.

Ejen calon dan pemerhati pilihan raya yang dilantik SPR dibenar menyaksikan proses pengundian awal itu, yang akan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook SPR. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya