Tidak rasmi: DAP menang 6 daripada 7 kerusi ditandingi - Utusan Malaysia

Tidak rasmi: DAP menang 6 daripada 7 kerusi ditandingi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: DAP hampir menyapu bersih semua kerusi yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila keputusan tidak rasmi menyaksikan parti itu memenangi enam daripada tujuh kerusi.

DAP jauh mendahului lawan mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas; Luyang; Kapayan; Elopura; Tanjong Papat dan Sri Tanjong.

Mereka hanya tewas di DUN Bingkor kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Undi terbanyak setakat ini diraih Phoong Jin Zhe (DUN Luyang) dengan 15,138 undi, mengatasi lawannya dari Parti Progresif Sabah (SAPP), Gee Tien Siong dengan hanya 988 undi.

DAP juga cemerlang di Sri Tanjong apabila calonnya, Justin Wong Yung Bin mendahului dengan 11,150 berbanding calon Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Fung Lin Fun yang hanya meraih 2,270 undi setakat ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya