Teknologi ultra bunyi tegangkan kulit kendur

Teknologi ultra bunyi tegangkan kulit kendur

RAWATAN wajah awet muda menggunakan teknologi CFU Ultima.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SASARAN pada kawasan tertentu dapat menyelesaikan masalah wajah dengan lebih pantas dan berkesan berbanding teknologi lama.

Rawatan pertama yang diperkenalkan dalam babak baharu Bella Marie France (BMF) ialah CFU Ultima yang inovatif.

Prosedur bukan invasif untuk wajah dan badan itu merupakan teknologi terkini lebih canggih berbanding Rawatan Ultra bunyi Terfokus Berintensiti Tinggi (HIFU) dan eksklusif kepada BMF selama setahun.

Dalam bahasa mudah, rawatan penentang usia yang canggih ini merupakan satu kemajuan yang luar biasa dalam teknologi kecantikan.

CFU Ultima menggunakan kuasa tenaga ultrasonik dalam kaedah aplikasi baharu untuk memberikan ketepatan, keselesaan dan kelajuan yang dipertingkatkan tanpa masa henti atau kerosakan kulit.

Ini bermakna ia mampu memberikan hasil yang lebih cepat, sesi yang pendek dan penjimatan yang lebih besar.

Pakar Estetika, Dr. Helen Kartika berkata, berbanding HIFU, rawatan teknologi baharu ini dapat menyasarkan masalah kulit dengan lebih baik.

“Teknologi CFU Ultima membolehkan kawasan yang sasaran dapat dirawat dengan lebih baik kerana ia lebih fleksibel.

“Ruang lingkup kawasan sasaran juga lebih kecil dan dapat memberikan kesan yang lebih optimum kepada pelanggan,” jelasnya.

CFU Ultima boleh dikonfigurasikan dengan transduser berbeza untuk mengubahsuai kedalaman, kuasa dan mod pancaran ultrasonik untuk mencapai hasil yang diingini kerana aplikasi EASYZOOM yang ada.

Prosedur canggih ini menyasarkan kelopak mata kuyu, kulit kendur, liang roma yang besar, kedutan, garis senyuman, lemak berlebihan atau rahang.

Menggunakan ultra bunyi yang dihantar jauh ke dalam kulit pada suhu yang betul, rawatan bukan invasif ini merangsang produksi kolagen untuk menegang, meremajakan dan menggebukan kulit.

Selain itu, mengangkat kulit yang kendur supaya wajah berbentuk V selain mengurangkan penampilan garis- garis halus dan kedutan untuk kulit licin dan tampak muda
Ia juga dapat memperbaiki penampilan parut jerawat untuk kulit yang lebih bersih mempunyai masa henti sifar dengan ketidakselesaan yang minimum dan hasil yang tahan lama.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amy Quek berkata, prosedur bukan invasif yang dibangunkan itu mencerminkan pendekatan holistik jenama berkenaan dalam dunia estetika.

“Kami sentiasa berkembang untuk kekal di hadapan dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi kecantikan.

“Ini membolehkan kami menawarkan rawatan terbaik yang disokong oleh sains dan nutrisi sekaligus membantu pelanggan mencapai matlamat estetik mereka dengan cara yang lebih selamat dan berkesan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya