UK’s: Up Close and Personal batal, ditunda ke satu tarikh baharu - Utusan Malaysia

UK’s: Up Close and Personal batal, ditunda ke satu tarikh baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur – Band terkenal, UK’s, hari ini, mengumumkan penundaan showcase UK’s: Up Close and Personal yang dirancang untuk para peminat setia mereka pada 26 Oktober ini ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Biarpun berat hati, vokalisnya, Amir, berkata keputusan itu terpaksa diambil berikutan ada isu berbangkit yang memerlukan perhatian untuk diselesaikan terlebih dahulu.

“Saya, bagi pihak rakan-rakan UK’s,  dengan berat hati terpaksa menunda showcase dan majlis makan malam yang sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu. Kami memohon maaf kerana ia sepatutnya menjadi showcase yang julung kali diadakan, eksklusif untuk para peminat setia UK’s,”

“Kami sudah berlatih sejak beberapa bulan lalu demi merealisasikan malam ini sebagai sebuah malam intimasi, iaitu tanda penghargaan kami atas sokongan yang diberikan peminat kepada UK’s selama lebih tiga dekad ini.”

“Bukan sahaja teruja dan tidak sabar untuk dekat dengan peminat setia, namun selepas mempertimbangkan situasi semasa dan isu berbangkit yang berlaku ketika ini, jadi showcase ini terpaksa dibatalkan dan ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan nanti,” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

UK’s, sebelum ini mengumumkan penganjuran malam intimasi UK’s: Up Close and Personal di Hotel Ideas, yang akan berlangsung pada 26 Oktober ini. Ia dianjurkan oleh Amir UK’s Entertainment dan Laga Emas Sdn Bhd dengan kerjasama Hotel Ideas.

Sehubungan itu, katanya, bagi para peminat yang telah membeli  atau menempah tiket, pihak penganjur akan mengembalikan semula wang mereka. Pembeli diminta menghubungi Encik Pashah di talian 012-4289428 berhubung tuntutan dan bagi tujuan pemulangan bayaran yang telah dibuat.

Selain itu peminat yang telah menempah hotel melalui aplikasi yang telah dipilih diminta agar membuat pembatalan tempahan segera.

Amir berkata, pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan yang telah berlaku dan berharap isu yang dihadapi dapat diselesaikan segera agar malam showcase yang dirancang dapat diteruskan dalam masa terdekat ini.

“Apa pun,, kesetiaan peminat selama lebih tiga dekad ini sentiasa dihargai. Sokongan peminat membuat kami kekal bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam dunia seni,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya