Galau dan air mata iringi konsert Feby Putri - Utusan Malaysia

Galau dan air mata iringi konsert Feby Putri

Magis anak kelahiran Makassar dirasai peminat ketika mengadakan konsert Feby Putri Vol 2 'Detik, Menit, Jam' Live in Kuala Lumpur.
Magis anak kelahiran Makassar dirasai peminat ketika mengadakan konsert Feby Putri Vol 2 'Detik, Menit, Jam' Live in Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kali pertama muncul di Malaysia pada tahun lalu, Feby Putri kembali ‘healing’ bersama peminat pada Konsert Feby Putri Vol 2, “Detik, Menit, Jam” Live in Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Gadis kelahiran Makassar ini berjaya memukau lebih 2,400 penonton selepas tiket yang ditawarkan habis terjual dalam waktu yang singkat. Menghiburkan peminat dengan seleksi lagu ‘galaunya’ sekaligus berjaya membuai perasaan dan pengubat jiwa yang bersedih.

Walaupun pernah membuat persembahan pertama pada Mac tahun lalu di lokasi sama, gadis berusia 24 tahun ini mengakui masih berasa gemuruh kerana pastinya peminat inginkan kelainan dan sesuatu yang baharu untuk ditonjolkan.

“Rasa gemuruh berdiri di hadapan semua. Ada yang pertama kali melihat saya, malah ada juga yang pernah bertemu kali kedua.. Terima kasih banyak kepada semua yang hadir ke konsert malam ini serta menyokong karya saya,” katanya.

Adalah menjadi kejanggalan apabila artis jelita ini tidak mempamerkan aksi gerakan tarian bersahaja yang merupakan ‘signaturenya’ ketika membuat persembahan, dan segalanya dipertontonkan pada malam itu sekaligus berjaya memukau penonton yang hadir.

Feby Putri hibur hati peminat yang bersedih dengan mendendangkan seleksi lagu popularnya kedua kali di Zepp Kuala Lumpur.
Feby Putri hibur hati peminat yang bersedih dengan mendendangkan seleksi lagu popularnya kedua kali di Zepp Kuala Lumpur.

Feby berjaya mengubat rindu peminat yang hadir melalui seleksi lagu yang diketengahkan, malah lagu-lagu popularnya, Usik dan Kembali Pulang antara yang dinanti peminat. Dia juga tidak ketinggalan mendendangkan lagu Halu yang pernah melonjakkan karier seninya sebelum ini.

Namun, karya tersebut berjaya membuatkan penonton sebak dan mengalirkan air mata apabila dia menyelitkan rakaman suara Allahyarham ibunya, Endang Suciaty yang turut sama menyanyikan bahagian korus lagu tersebut.

“Tahun lalu, sebaik pulang dari mengadakan konsert di Malaysia, ibu sempat membuat panggilan video dan memberitahu yang saya cukup hebat dan bisa menyanyi di negara orang namun tahun ini momen sebegitu sudah tidak ada lagi,”

“Saya percaya walaupun dia sudah tiada, namun semangatnya tetap bersama bersama sepanjang konsert malam ini,” katanya dengan nada sebak.

Buat pertama kali, Feby mendendangkan lagu terbaharunya, Tangan-Tangan Ucap Perpisahan yang berkisarkan tentang kehidupannya sebagai anak perantau yang berhijrah dengan membawa harapan keluarga.

“Lagu ini sangat peribadi buat saya, yang menceritakan gambaran lambaian perpisahan.”

“Sejak awal merantau dulu, bukan hanya membawa harapan diri sendiri malah turut membawa harapan kedua orang tua serta doa mereka,” ujarnya di hadapan penonton.

Gadis kreatif yang menghasilkan karya melalui pengalaman sendiri itu berharap agar penonton pulang dengan rasa bahagia sebaik usai menonton persembahannya pada malam itu.

“Saya harap semua yang pulang nanti akan bawa pulang kebahagian,” katanya.

Feby mengakhiri persembahannya pada malam itu dengan mendendangkan lagu Detik Menit Jam, Rantau dan Runtuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya