Konsert Stars on Fire tawar diskaun 11 peratus - Utusan Malaysia

Konsert Stars on Fire tawar diskaun 11 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Konsert Stars on Fire Kuala Lumpur Live in Concert yang menampilkan bintang Bollywood terkemuka, Hrithik Roshan menawarkan diskaun sebanyak 11 peratus bersempena sambutan Hari Deepavali tidak lama lagi.

Jurucakap Xklusif.My, Puteri Nor’ Alaina Nohuddin berkata, tawaran istimewa ini diberikan untuk semua jenis kategori tiket.

“Orang dah tahu tarikh 11.11, selalunya ada sale untuk promosi Deepavali, jadi ini adalah masa terbaik untuk kami hadiahkan kepada peminat,” katanya pada sidang media Konsert Stars on Fire di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Puteri menjelaskan kos perbelanjaan konsert ini juga menelan jutaan ringgit.

“Kalau tanya pasal bajet, semua orang pun tahu berapa banyak kos konsert, tambahan pula melibatkan artis ‘international’, it’s a lot. Cuma tak dapat ‘reveal’ jumlah.

“Bukan beribu, tapi memang berjuta sebenarnya.” ujarnya

Konsert Stars on Fire Kuala Lumpur Live In Concert bakal berlangsung pada 1 Disember depan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Hrithik yang popular dengan filem Kaho Naa Pyaar Hai sekali lagi akan bertemu peminat selepas lapan tahun menjejakkan kaki di sini, dan kemunculan beliau pastinya dinantikan peminat.

Dibawa secara eksklusif oleh Yess Boss Groups dan Dembi Productions, konsert ini turut menampilkan nama-nama besar seperti Prabhu Deva, Malaika Arora, Sanya Malhotra, Vaani Kapoor dan penyanyi Kanika Kapoor serta Aastha Gill.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang telah mula dijual pada 19 Oktober lalu berharga RM149 (Silver), RM249 (Gold), RM549 (platinium), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) secara dalam talian www.yessbossticket.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya