7 tandas awam unik di Jepun jadi tarikan pelancong

7 tandas awam unik di Jepun jadi tarikan pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIKA di Malaysia, fasiliti tandas awam sekadar kemudahan yang disediakan kepada orang ramai yang memerlukan tempat untuk membuang air dan mencuci tangan semasa berada di luar rumah.

Tetapi berbeza pula dengan Jepun, apabila kemudahan itu dinaiktaraf dan dijadikan sebagai lokasi tarikan pelancong.

Meskipun kedengaran pelik, namun ia bukan sesuatu yang mustahil bagi negara matahari terbit itu, kerana Jepun sinonim dengan rakyatnya yang terdidik untuk menjaga kebersihan.

Maka, tidak hairanlah untuk fasiliti seperti tandas awam, boleh dimanfaatkan sebagai salah satu lokasi yang boleh dilawati pengunjung ke negara itu.

Pada 2020, The Nippon Foundation, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, melancarkan Projek Tandas Tokyo (TTP) untuk mempromosi dan menghapuskan stigma tandas awam tidak selamat dan kotor.

Seramai 16 pereka, arkitek dan pakar kreatif bertaraf dunia seperti Tadao Ando, Kengo Kuma, Shigeru Ban dan Nigo ditugaskan untuk mereka bentuk semula serta menambah baik 17 tandas awam di sekitar daerah Shibuya.

Bagi yang merancang untuk melancong ke Jepun, anda boleh melawat semua tandas ini melalui penyedia perkhidmatan ulang-alik, Nearme yang menganjurkan lawatan dua kali seminggu dengan kadar bayaran hanya ¥4,950 (RM147.80).

Berikut adalah antara tujuh tandas awam paling unik yang berbaloi untuk dilawati:

TANDAS AWAM NISHISANDO

Perekanya, Sou  ujimoto  mencuba kelainan untuk reka bentuknya. Beliau mahu tandas berbentuk seperti kapal itu memberikan aura seperti pancutan air bandar di dalam kawasan bandar.
Selain reka bentuknya yang menarik, Fujimoto turut memperkenalkan penggunaan sinki cekung di bahagian tengah dengan ketinggian pili berbeza, supaya pengguna dari semua peringkat umur mudah untuk mencuci tangan.
Laluan yang dipotong melintasi struktur itu juga mewujudkan rasa keterbukaan dan keselamatan untuk orang ramai.

 

Arkitek Kengo Kuma mahu menjadikan kemudahan awam ini sebagai tapak untuk menghubungkan manusia dengan alam semula jadi.
Terletak berhampiran taman permainan yang menghadap kehijauan pohon, tandasnya menyerupai sebuah kampung tersembunyi di dalam hutan.
Terdapat lima ruang tandas, semuanya ditutupi dengan papan kayu cedar, memberikan sentuhan asli dan lasak.

 

 

TANDAS NANAGO DORI PARK

Dinamakan Hi Toilet, bentuk sfera putih pada struktur itu kelihatan seperti adegan daripada filem sains fiksyen.
Pereka Hi Toilet, Kazoo Sato mahu menjadikannya tandas paling bersih di dunia menggunakan teknologi kawalan suara.
Pengguna boleh membuka pintu, menukar warna lampu, mengepam dan memainkan muzik tanpa membuat sebarang bentuk sentuhan fizikal.
Strukturnya berbentuk sfera juga membolehkan peredaran udara yang lebih baik dan mengelakkan tandas daripada berbau busuk.

 

TANDAS TAMAN SHOTO NABESHIMA

Arkitek Kengo Kuma mahu menjadikan kemudahan awam ini sebagai tapak untuk menghubungkan manusia dengan alam semula jadi.
Terletak berhampiran taman permainan yang menghadap kehijauan pohon, tandasnya menyerupai sebuah kampung tersembunyi di dalam hutan.
Terdapat lima ruang tandas, semuanya ditutupi dengan papan kayu cedar, memberikan sentuhan asli dan lasak.

 

 

TANDAS TAMAN JINGU-DORI

Arkitek dan pemenang Hadiah Pritzker, Tadao Ando menyifatkan tandas awam sebagai tempat ramai boleh mencari perlindungan.
Dengan konsep itu, beliau mencipta tandas minimalis dengan dinding diperbuat daripada bidai logam menegak untuk pengudaraan lebih baik.
Kanopi bulat dipanjangkan dan bertindak sebagai tempat untuk Amayadori, yang bermaksud ‘menunggu hujan’ dalam bahasa Jepun.

 

 

TANDAS TAMAN MINI YOYOGI FUKAMACHI

Tandas ini dihasilkan oleh Pemenang Hadiah Pritzker, Shigeru Ban yang menampilkan teknologi baharu membolehkan pengguna mengetahui jika tandas sedang digunakan atau tidak – apabila pintu dikunci, panel kaca menjadi gelap untuk memastikan privasi.
Tandas dengan fungsi dan teknologi sama turut dihasilkan Ban di Taman Komuniti Haru-No-Ogawa.

 

TANDAS AWAM YOYOGI HACHIMAN

Terletak di bawah laluan berbukit di atas kuil Yoyogi Hachiman, tandas di sini dahulunya gelap dan tidak menarik.
Pemenang Hadiah Pritzker, Toyo Ito kemudiannya menjadikan tandas itu terang, jadi pengguna tidak perlu risau untuk menggunakannya pada waktu malam.
Beliau mereka bentuk ruang itu sebagai gugusan tiga menara seperti cendawan yang kelihatan tumbuh keluar daripada tanah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya