Ukraine dakwa Russia mula langkah balas dendam

Ukraine dakwa Russia mula langkah balas dendam

SEORANG askar Ukraine memberi isyarat dari atas kapal pengangkut kakitangan berperisai MT-LB di jalan raya di wilayah Donetsk pada 30 Januari lalu di tengah-tengah pencerobohan Russia ke atas Ukraine.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Kerajaan Ukraine mendakwa Russia kini cuba memulakan langkah dendam besar untuk menentang pihaknya dan meluaskan pencerobohan mereka.

Menurut laporan Al Jazeera, Presidennya, Volodymyr Zelenskyy berkata, tentera negara seteru itu tekad meluaskan jajahan taklukan setelah berjaya menduduki beberapa wilayah tambahan di timur negaranya.

Terdahulu, Zelenskyy pernah memberi amaran bahawa Moscow mempunyai hasrat untuk meningkatkan serangan ke atas Ukraine.

Zelenskyy berkata, serangan Russia di bahagian timur negaranya tidak henti-henti walaupun banyak yang terkorban adalah di pihak Russia, menjadikan mereka ingin membalas dendam.

“Saya fikir Russia benar-benar mahukan dendam yang besar. Saya rasa mereka sudah memulakannya,” kata Zelenskyy.

Walaupun tiada tanda-tanda serangan baharu yang lebih luas pada hari Isnin lalu, pentadbir bahagian yang dikuasai Russia di wilayah Donetsk timur Ukraine, Denis Pushilin berkata, tentera Russia sudah bertapak di Vuhledar, sebuah bandar perlombongan arang batu.

Runtuhan bandar itu dikatakan menjadi benteng Ukraine sejak permulaan perang.

Manakala Penasihat Pushilin, Yan Gagin berkata, pejuang dari tentera upahan Rusia, Wagner mengambil sebahagian kawalan jalan bekalan menuju ke Bakhmut, sebuah bandar yang menjadi tumpuan serangan Rusia selama berbulan-bulan.

Sehari sebelumnya, Ketua Wagner berkata, para pejuangnya mendapatkan Blahodatne, sebuah kampung di utara Bakhmut.

Bagaimanapun, Ukraine mendakwa mereka berjaya menangkis serangan terhadap Blahodatne dan Vuhledar.

Agensi berita Reuters tidak dapat mengesahkan situasi di sana, tetapi lokasi pertempuran yang dilaporkan jelas memihak kepada tentera Rusia.

Caption
SEORANG askar Ukraine memberi isyarat dari atas kapal pengangkut kakitangan berperisai MT-LB di jalan raya di wilayah Donetsk pada 30 Januari lalu di tengah-tengah pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya