Turkiye berdepan krisis tanah perkuburan, pengebumian kini dalam satu liang lahad - Utusan Malaysia

Turkiye berdepan krisis tanah perkuburan, pengebumian kini dalam satu liang lahad

PASUKAN penyelamat dan penduduk tempatan mencari mangsa yang terperangkap di bawah sisa runtuhan bangunan kediaman di Kampung Besnia dekat bandar Harim di sempadan Syria-Turkiye yang musnah dalam kejadian gempa bumi, kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HATAY: Turkiye kini berdepan masalah untuk mengebumikan mayat-mayat yang terkorban dalam kejadian gempa bumi berikutan tanah perkuburan sedia ada  penuh.

Lapor TheGuardian, ruang tanah di kawasan tragedi juga dikatakan terhad berikutan banyak bangunan ranap yang  turut menyukarkan proses pengebumian.

Malah, mayat-mayat mangsa kini dilaporkan dilonggokkan di stadium atau tempat letak kereta bagi  proses pengecaman waris sebelum dikebumikan.

Selepas itu, mayat-mayat berkenaan terpaksa dikebumikan dalam sebuah lubang  kubur besar bagi menjimatkan ruang.

Di tanah perkuburan Nurdağı di wilayah Gaziantep di Turkiye turut berdepan dengan masalah tiada lagi ruang kosong.

Sehubungan itu, kubur-kubur baharu digali dan turut ditandakan dengan batu nisan kosong yang diletakkan hanya cebisan kain koyak.

Kain-kain koyak itu dikumpulkan daripada pakaian-pakaian mangsa bagi mengenal pasti identiti mereka.

Di luar jalan raya, beribu mayat didapati bergelimpangan dan bertindan di atas satu sama lain.

Mayat-mayat turut diletakkan di atas deretan trak pikap, sebelum menunggu masa untuk dikebumikan.

Sekurang-kurangnya lima imam bergegas ke Nurdağı bagi menyempurnakan pengebumian beramai-ramai tanpa henti sejak Isnin lalu.

Kadang kala, pengebumian terpaksa dilakukan untuk 10 mangsa sekali gus.

“Sebanyak 40 peratus daripada orang yang tinggal di bandar ini mungkin hilang,” kata Sadık Güneş, seorang imam di Nurdağı.

Rumah Sadik berada di sebelah masjid yang ranap selepas gempa bumi.

Berikutan tiada tempat untuk solat, pengebumian terpaksa disempurnakan secara beramai-ramai di Nurdağı dan seluruh selatan Turkiye.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya