TERKINI: Angka korban Turkiye, Syria melepasi 11,200 orang - Utusan Malaysia

TERKINI: Angka korban Turkiye, Syria melepasi 11,200 orang

GAMBAR menunjukkan keadaan bangunan yang musnah akibat gempa bumi pada skala 7.8 magnitud melanda tenggara Turkiye, hari ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HATAY: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 11,200 orang.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, sekurang-kurangnya 8,574 orang meninggal dunia di Turkiye manakala sekurang-kurangnya 2,530 terbunuh di Syria.

Lapor Al Jazeera, Erdogan dikatakan membuat lawatan ke beberapa kawasan yang paling terjejas di Turkiye.

Semalam, beliau mengumumkan keadaan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah negara itu.

Agensi bantuan dan penyelamat  kini dilaporkan bergelut dengan hal ehwal logistik yang rumit kerana perlu menghantar bantuan kecemasan ke Syria yang dilanda perang.

Lebih 12,000 anggota mencari dan menyelamat Turkiye bekerja di kawasan yang terjejas, bersama 9,000 tentera.

Lebih 70 negara kini menawarkan pasukan penyelamat dan bantuan-bantuan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya