Angka korban melepasi 23,700, hanya tiga mangsa bawah runtuhan diselamatkan di Syria - Utusan Malaysia

Angka korban melepasi 23,700, hanya tiga mangsa bawah runtuhan diselamatkan di Syria

turkiye
KERJA-kerja menyelamat besar-besaran sedang dijalankan selepas gempa besar melanda wilayah itu. -ANADOLU AGENCY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Laporan terkini jumlah kematian di Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 23,700 orang.

Lapor The Guardian, hanya tiga orang diselamatkan daripada runtuhan bangunan di bandar Jableh di Syria, lapor media kerajaan, kira-kira 110 jam selepas gempa bumi maut melanda wilayah itu pada Isnin lalu.

Di Turkiye, Presidennya, Recep Tayyip Erdoğan berkata, tindak balas pihak berkuasa Turkiye terhadap gempa bumi di selatan negara itu tidak bergerak secepat yang dikehendaki kerajaan.

Perkara itu secara tidak langsung menyebabkan bantuan lewat tiba ke lokasi bencana.

Sementara di Syria, Pasukan penyelamat Syria, White Helmet menuduh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal menyampaikan bantuan kemanusiaan yang sewajarnya ke kawasan yang dikuasai pemberontak di negara itu.

Mereka juga menyifatkan tindak balas PBB setakat ini sebagai ‘malapetaka’ dan menyeru badan antarabangsa itu untuk meminta maaf kepada rakyat Syria kerana kurang dalam menghulurkan pertolongan.

Bagaimanapun, Majlis Keselamatan PBB berkata, minggu depan pihaknya akan membincangkan sama ada akan membenarkan atau tidak PBB menghantar bantuan ke barat laut Syria yang dikuasai pemberontak menerusi lebih satu lintasan sempadan Turkiye.

Media kerajaan melaporkan, kerajaan Syria juga sudah meluluskan sebarang penghantaran bantuan kemanusiaan merentasi barisan hadapan perang saudara selama 12 tahun di negara itu.

Malah, bantuan dikatakan akan tiba bersama-sama bantuan PBB, Bulan Sabit Merah Syria dan Red antarabangsa.

Amerika Syarikat juga dilaporkan melonggarkan sementara sekatannya ke atas Syria dalam usaha untuk mempercepatkan penghantaran bantuan ke barat laut negara itu.

Sehingga kini, hampir tiada bantuan kemanusiaan tiba di Syria walaupun ribuan kematian dalam gempa bumi sejak Isnin lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya