TERKINI: 67 mangsa di bawah runtuhan di Turkiye diselamatkan

TERKINI: 67 mangsa, 120 jam di bawah runtuhan di Turkiye diselamatkan

MENEKSE Tabak, 70, diselamatkan oleh pasukan penyelamat setelah terperangkap selama 122 jam di bawah runtuhan bangunan di Kahramanmaras,Turkiye.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Kerajaan Turkiye melaporkan seramai 67 mangsa gempa bumi berjaya dibawa keluar dari runtuhan bangunan selepas 120 jam.

Lapor Al Jazeera, Naib Presiden Turki, Fuat Oktay memberitahu pemberita, pihaknya kini dalam usaha untuk membawa lebih 31,000 penyelamat termasuk penyelamat asing ke seluruh wilayah yang terjejas.

Kini, katanya, kira-kira 80,000 mangsa sedang dirawat di hospital manakala 1.05 juta dilaporkan kehilangan tempat tinggal akibat tragedi tersebut.

Kebanyakan mereka terpaksa berhimpit di pusat perlindungan sementara, tambah Fuat.

Dalam pada itu, pasukan penyelamat di Turkiye berjaya menarik dua wanita yang masih hidup dari runtuhan bangunan dan terperangkap selama 122 jam.

Salah seorang wanita yang diselamatkan, Menekse Tabak, 70, dibaluti dengan selimut manakala penyelamat membawanya ke ambulans.

Seorang lagi ialah seorang lelaki berusia 55 tahun yang tercedera dikenali sebagai Masallah Cicek yang dikeluarkan dari serpihan bangunan runtuh di Diyarbakir, bandar terbesar di tenggara Turkiye.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya