KAHRAMANMARAS: Sebanyak 16 bayi tanpa waris yang diselamatkan dari runtuhan bangunan runtuh di Kahramanmaras dipindahkan ke Ankara dengan menaiki pesawat Presiden Turkiye.
Menurut agensi Anadolu, kesemua bayi itu diselamatkan bersendirian atau ibu bapa mereka terkorban dalam gempa bumi kuat yang melanda tenggara Turkiye, Isnin lalu.
Mereka dipindahkan ke Ankara untuk penjagaan lanjutan.
Nota maklumat turut ditulis pada bayi yang tidak dikenal pasti selepas diselamatkan.
Pada pukul 4.17 pagi (waktu tempatan) Isnin lalu, gempa bumi kuat pada 7.8 magnitud berpusat di daerah Pazarcik, menggegarkan Kahramanmaras dan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis.
Kemudian, pada pukul 1.24 tengah hari pula, gempa bumi berukuran 7.5 magnitud berpusat di daerah Elbistan di Kahramanmaras melanda wilayah itu.
Turkiye mengisytiharkan tujuh hari berkabung.