Sekolah Haiti jadi sasaran pengganas -UNICEF

Sekolah Haiti jadi sasaran pengganas -UNICEF

KANAK-kanak berlindung dari kumpulan bersenjata di sekolah Katolik di Port-au-Prince, Haiti, pada 30 Julai 2022. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sekolah-sekolah di Haiti yang sebelum ini dianggap sebagai tempat selamat daripada pergolakan negara-negara Caribbean semakin menjadi sasaran kumpulan pengganas.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran berhubung peningkatan kes berkenaan.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa sejak awal tahun persekolahan Oktober lalu, 72 sekolah menyaksikan tindakan keganasan termasuk penculikan, samun dan rompakan, meningkat sembilan kali ganda sejak setahun lalu.

“Ini termasuk sekurang-kurangnya 13 sekolah yang menjadi sasaran kumpulan bersenjata, satu sekolah dibakar, seorang pelajar terbunuh dan sekurang-kurangnya dua kakitangan diculik,” kata UNICEF.

Semasa rompakan dilakukan, pelbagai jenis peralatan sekolah dicuri, termasuk meja, komputer, bateri dan panel solar.

Menurut UNICEF lagi, beg beras, doh dan jagung yang digunakan untuk makanan sekolah dan merupakan talian hayat untuk kanak-kanak yang tidak terhitung jumlahnya di Haiti juga telah dicuri, bersama dengan peralatan kantin.

Badan antarabangsa itu juga memberi amaran mengenai ketidakstabilan yang semakin meningkat di negara itu menyaksikan kumpulan bersenjata berkawal di banyak kawasan yang mengancam keupayaan kanak-kanak untuk bersekolah.

“Tanpa tindakan segera untuk melindungi sekolah daripada keganasan, UNICEF meramalkan bahawa pelajar akan kehilangan anggaran 36 hari persekolahan menjelang akhir Jun,” kata kenyataan itu sambil menyatakan bahawa lebih satu perempat sekolah belum beroperasi sejak Oktober lalu.

Wakil UNICEF di Haiti, Bruno Maes berkata, seorang kanak-kanak yang takut untuk pergi ke sekolah adalah lebih berisiko untuk direkrut oleh kumpulan bersenjata.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya