Putin lulus peluru berpandu tembak MH17, dakwa penyiasat

Putin lulus peluru berpandu tembak MH17, dakwa penyiasat

SERPIHAN pesawat M17 yang terhempas di timur Ukraine.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Penyiasat antarabangsa memberitahu mahkamah antarabangsa bahawa terdapat petunjuk kukuh bahawa Presiden Russia, Vladimir Putin secara peribadi meluluskan bekalan peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di atas ruang udara Ukraine pada 2014.

Tetapi pasukan itu berkata, mereka terpaksa menghentikan siasatan terhadap bencana itu kerana tidak ada bukti yang mencukupi untuk mendakwa lebih ramai suspek.

Malah, Putin dikatakan mempunyai kekebalan sebagai ketua negara dalam apa jua keadaan.

Kesemua 298 orang di dalamnya terbunuh apabila peluru berpandu buatan Russia menghentam badan pesawat yang ketika itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, menyebabkan ia berkecai ke bumi di timur Ukraine yang dikuasai puak pemisah.

“Terdapat petunjuk kukuh bahawa keputusan dibuat di peringkat presiden, oleh Presiden Putin untuk membekalkan… sistem peluru berpandu Buk TELAR”, kata pendakwa raya Belanda, Digna van Boetzelaer. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya