Pengebom masjid Peshawar pakai seragam polis

Pengebom masjid Peshawar pakai seragam polis

ANGGOTA polis berpakaian biasa berkumpul di atas runtuhan masjid yang rosak berikutan letupan berani mati 30 Januari lalu dalam ibu pejabat polis di Peshawar. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PESHAWAR: Pengebom berani mati yang membunuh 101 orang di dalam sebuah masjid di ibu pejabat polis di Pakistan memakai seragam polis dan topi keledar ketika melancarkan serangan itu.

Ketua Pasukan Polis Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Moazzam Jah Ansari berkata, mereka yang bertugas pada hari kejadian tidak mengesyaki apa-apa dan tidak memeriksanya kerana suspek memakai seragam polis.

“Perkara ini adalah satu kesilapan keselamatan,” kata Moazzam dalam sidang akhbar hari ini.

Bagaimanapun, kata Moazzam, polis mempunyai idea yang mencukupi tentang siapa pengebom berkenaan selepas memadankan kepalanya yang ditemui di tempat kejadian dengan imej kamera litar tertutup (CCTV).

“Terdapat seluruh rangkaian di belakangnya,” kata Moazzam menjelaskan bahawa pengebom itu sebenarnya tidak merancang serangan di barat laut Peshawar sahaja.

Isnin lalu, beratus-ratus anggota polis sedang menunaikan solat Asar di masjid ibu pejabat polis Peshawar sebelum letupan itu meletus sehingga menyebabkan tembok runtuh dan mengorbankan ramai pegawai polis.

Pihak berkuasa sedang menyiasat bagaimana pelanggaran keselamatan boleh berlaku di salah satu kawasan yang paling dikawal ketat di bandar itu selain menempatkan biro risikan dan memerangi keganasan.

Ia adalah serangan paling dahsyat di Pakistan dalam beberapa tahun ini dan yang paling teruk sejak keganasan mula melonjak semula di rantau itu selepas pengambilalihan kerajaan Taliban di Afghanistan di Kabul pada 2021. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya