PBB rayu lebih banyak bantuan antarabangsa untuk Turkiye dan

PBB rayu lebih banyak bantuan antarabangsa untuk Turkiye dan Syria

PENDUDUK Syria memanaskan badan dengan api di tempat perlindungan sementara bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal, berhampiran bandar Jindayris, Syria.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu lebih banyak bantuan untuk Turkiye dan Syria apabila jumlah kematian akibat dua gempa bumi yang dahsyat melebihi 21,000 orang.

Lapor portal independent.co.uk, wakil khas PBB untuk Syria, Geir Pedersen berkata, bantuan untuk menyelamatkan nyawa amat diperlukan oleh orang awam di mana sahaja mereka berada tanpa mengira sempadan.

“Kami memerlukannya dengan segera, melalui laluan terpantas, paling langsung dan paling berkesan. Mereka memerlukan lebih daripada segala-galanya,” katanya.

Pengakuan itu dibuat ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa mangsa yang terselamat daripada gempa bumi di seluruh Turkiye dan Syria akan berdepan ancaman bencana kedua jika bantuan tidak sampai kepada mereka tidak lama lagi.

Setakat ini, pencarian mangsa yang terselamat dihalang oleh suhu di bawah sifar dan hampir 200 gegaran susulan yang menyebabkan pencarian melalui struktur yang tidak stabil, berbahaya.

The Independent turut merayu pembaca untuk menderma dengan semua dana yang dikumpul akan disalurkan kepada Jawatankuasa Kecemasan Bencana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya