Menjelang setahun pencerobohan Russia: Pemimpin EU tolak

Menjelang setahun pencerobohan Russia: Pemimpin EU tolak Ukraine jadi anggota

VOLODYMYR Zelenskyy dan Ursula von der Leyen berbual selepas sidang akhbar di Kyiv, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Kira-kira 27 pemimpin Kesatuan Eropah (EU) berhimpun di Kyiv untuk berbincang dengan kerajaan Ukraine mengenai setahun pencerobohan Russia selain berjanji untuk mengenakan sekatan baharu terhadap negara soviet berkenaan.

Bagaimanapun, menurut laporan Al Jazeera, satu daripada agenda perbincangan itu mengecewakan harapan Ukraine untuk menganggotai EU.

Ketua Suruhanjaya Eksekutif EU, Ursula von der Leyen dikatakan tiba di Kyiv dengan menaiki kereta api kelmarin iaitu satu perjalanan simbolik untuk menunjukkan sokongan pihaknya kepada Ukraine sempena tahun pertama pencerobohan Russia pada 24 Februari tahun lalu.

Ursula serta Pengerusi bagi 27 pemimpin negara EU, Charles Michel mengadakan perbincangan dengan Presiden Ukraine, Volodomyr Zelenskyy semalam.

Zelenskyy menggesa EU untuk mengenakan lebih banyak tindakan hukuman terhadap Russia selain berharap kesatuan berkenaan memenuhi tuntutan Ukraine untuk menjadi negara anggota.

“Hari ini … kami mencapai persefahaman bersama yang sangat penting,” 

“Ukraine yang kuat dan EU yang kukuh, kita boleh mempertahankan kehidupan yang kita hargai dan melalui perpaduan selanjutnya, ia memberikan tenaga dan motivasi kepada rakyat untuk berjuang tanpa mengira halangan dan ancaman,” kata Zelenskyy dalam ucapan videonya pada malam semalam. 

Perhimpunan itu adalah yang pertama seumpamanya diadakan di Kyiv sejak pencerobohan Russia.

Negara-negara EU dikatakan menawarkan sokongan politik, ekonomi dan ketenteraan kepada Kyiv sepanjang perang berlaku dan Ursula memberitahu pemberita bahawa sekatan sedia ada akan menghakis ekonomi Russia.

Walaupun menunjukkan solidariti, keinginan Ukraine untuk menyertai blok itu tidak mungkin dapat dipenuhi dalam masa terdekat.

Natacha Butler dari Al Jazeera melaporkan dari Kyiv berkata, Ukraine ingin menjadi sebahagian daripada EU dan ingin beralih ke Barat.

Butler berkata, ia adalah sebahagian daripada apa yang mereka perjuangkan (menentang Rusia).

“EU bagaimanapun berkemungkinan menghantar mesej bahawa masih banyak kerja yang perlu dilakukan agar Ukraine mencapai kriteria untuk menjadi ahli EU penuh,” katanya.

EU menyenaraikan pelbagai keperluan untuk Ukraine menyertai blok itu iaitu daripada kestabilan politik dan ekonomi kepada menerima pakai beberapa undang-undangnya.

Kyiv dikatakan diberikan status calon keahlian pada Jun lalu, tetapi kelayakan penuh mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi atau lebih lama.

Negara terakhir yang menyertai EU ialah Croatia pada 2013, sedekad selepas memohon secara rasmi. 

Poland, jiran Ukraine, menunggu selama 20 tahun sebelum menjadi ahli pada tahun 2004.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya