Jihad Islam Palestin ke Mesir esok bincang isu Israel-Palestin

Jihad Islam Palestin ke Mesir esok bincang isu ketegangan Israel-Palestin

PENDUDUK Palestin membawa beberapa mayat yang terbunuh dalam serbuan Israel di kem pelarian Jenin di Tebing Barat pada 26 Januari lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Satu delegasi kumpulan pejuang, Jihad Islam Palestin (PIJ) akan ke Mesir esok untuk berdialog mengenai meredakan ketegangan antara Israel dan Palestin.

Menurut laporan Xinhua daily, seorang pemimpin PIJ dari Gaza, Dawood Shehab memberitahu wartawan bahawa setiausaha agung kumpulan itu, Ziad Al-Nakhala akan mengetuai delegasi atas jemputan Mesir.

Kedua-dua pihak akan membincangkan mengenai isu keganasan yang semakin meningkat di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis dengan pegawai perisikan keselamatan Mesir.

Pertemuan itu diadakan selepas beberapa siri insiden maut di rantau ini.

Pada 26 Januari lalu, tentera Israel menyerbu kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat yang diduduki dan membunuh sembilan rakyat Palestin dan mencederakan 16 yang lain.

Sehari kemudian, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai berhampiran rumah ibadat di penempatan Yahudi di Baitulmuqaddis Timur, membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang.

Mesir menjadi pengantara di antara Israel dan Palestin dan menjadi perantara beberapa perjanjian gencatan senjata untuk menamatkan permusuhan di rantau itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya