Hong Kong kempen 500,000 tiket penerbangan percuma 

Hong Kong kempen 500,000 tiket penerbangan percuma 

PASUKAN petugas khas yang dibentuk untuk mempromosikan jenama Hong Kong, diketuai Setiausaha Kewangan Paul Chan, mengadakan mesyuarat pertamanya semalam. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Pentadbiran Hong Kong melancarkan kempen ‘Hello Hong Kong’ untuk meningkatkan pelancongan, perniagaan dan pelaburan di wilayah itu yang bernilai AS$255 juta (RM1.08 bilion).

Menurut laporan South China Morning Post, Kempen itu merangkumi pemberian sekurang-kurangnya 500,000 tiket penerbangan percuma kepada pelawat, pelancong dan juga penduduk bandar raya itu.

Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee Ka-chiu akan memperkenalkan kempen berkenaan untuk meningkatkan bilangan pelawat, memperkukuh perniagaan dan menarik pelabur setelah bandar raya itu berjuang untuk kembali kepada normal setelah berdepan pandemik Covid-19.

Kempen itu dijangka mengetengahkan lebih daripada 200 acara perniagaan, kebudayaan dan pelancongan termasuk aktiviti yang digantung selama tiga tahun kerana krisis kesihatan.

Ia juga bertujuan menunjukkan kepada dunia bahawa bandar raya itu kini sudah kembali kepada asal.

Dalam kempen itu, sumber menambah, keperluan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) adalah mandatori bagi pengembara yang menyeberangi sempadan.

John serta lebih 100 tetamu termasuk pegawai kanan, ahli majlis eksekutif, utusan luar negara, dewan perniagaan dan wakil industri pelancongan akan berada pada pelancaran kempen berkenaan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong di Wan Chai.

Kata sumber kerajaan, pemimpin bandar raya itu akan mengumumkan beberapa acara menarik Hong Kong selain meningkatkan promosi peluang perniagaan, tarikan kebudayaan dan pengalaman pelancongan Hong Kong.

“Para tetamu dari pelbagai sektor dijemput bertujuan untuk menunjukkan kepada semua orang di seluruh dunia bahawa bandar raya ini dibuka semula dan kami mengalu-alukan mereka semua untuk datang,” ujarnya.

Sumber berkata, Setiausaha Kewangan, Paul Chan Mo-po akan menjelaskan rancangan publisiti masa depan pada acara berasingan pada hari yang sama.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang juga akan mengumumkan butiran pengedaran tiket penerbangan percuma itu.

Sumber dalaman berkata, tiket-tiket penerbangan percuma akan diedarkan oleh syarikat penerbangan bandar raya itu, Cathay Pacific dan syarikat penerbangan tambang murah dari kumpulan itu, HK Express serta Hong Kong Airlines dengan beberapa lagi tiket akan diedarkan oleh agensi pelancongan kepada pengembara antarabangsa.

“Banyak tiket akan diberikan kepada pengembara di negara Asia, seperti tanah besar China dengan beberapa tiket ke Eropah dan Amerika Syarikat. 

“Terdapat juga sebahagian kecil tiket yang dikhaskan untuk warga Hong Kong melancong ke luar negara,” kata sumber dalaman syarikat itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya