Harapan Turkiye-Syria selepas 120 jam

Harapan Turkiye-Syria selepas 120 jam

BAYI berusia 10 hari, Yagiz Ulas diselamatkan bersama-sama ibunya dari runtuhan bangunan selepas 90 jam kejadian gempa bumi. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HATAY: Pasukan mencari dan menyelamat tetap meneruskan operasi tanpa henti di kawasan yang dilanda gempa bumi di Turkiye dan Syria berikutan masih ramai yang dilaporkan masih hidup di bawah runtuhan bangunan.

Lapor agensi Anadolu, semalam, seorang bayi berusia 10 hari, Yagız Ulas diselamatkan bersama-sama ibunya di bandar selatan Hatay selepas 90 jam kejadian itu.

Antara yang terselamat di Hatay juga seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan bapanya yang ditarik keluar dari runtuhan pada jam ke-90 selepas gempa bumi, Isnin lalu.

Di Adiyaman, pasukan penyelamat dapat menyelamatkan dua beradik berusia tujuh dan 14 tahun daripada runtuhan bangunan enam tingkat selepas 88 jam.

Di Kahramanmaras, Recep Yay­ha Guclu yang berusia tujuh tahun dan bapanya, Ozan Ramazan Guclu yang berusia 32 tahun ditemukan hidup selepas 89 jam ditemukan pasukan penyelamat.

Setakat semalam, lebih 21,000 orang terbunuh dan lebih 100,000 lagi cedera akibat dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye dan Syria Isnin lalu.

Gempa bumi bermagnitud 7.8 dan 7.5, yang berpusat di wilayah Kahramanmaras menjejaskan 13 juta penduduk di 10 wilayah Turkiye termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Beberapa negara di rantau ini termasuk Cyprus, Lubnan, Mesir dan Iraq turut berasa gegaran yang kuat.

SEJUK, LAPAR, PUTUS ASA
Kesejukan, kelaparan dan putus asa mencengkam perasaan ratusan ribu mangsa yang kini kehilangan tempat tinggal selepas gempa bumi berkenaan.

Usaha menyelamat seorang budak lelaki berusia dua tahun selepas 79 jam terperangkap dalam runtuhan bangunan runtuh di Hatay dan beberapa orang lain turut membangkitkan semangat dalam kalangan kru pencarian yang kini keletihan.

Tetapi harapan dikatakan semakin pudar untuk menemukan ramai lagi mangsa hidup di bawah runtuhan bangunan.

PILIHAN RAYA PALING SUKAR
Seorang pegawai Turkiye ber­kata, bencana itu menimbulkan kesukaran untuk mengadakan pilihan raya umum yang dijadualkan pada 14 Mei nanti di mana Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dijangka meng­hadapi cabaran paling sukar dalam tempoh dua dekad berkuasa.

Kemarahan rakyat mengenai bantuan lewat tiba berkemungkinan besar akan dijadikan ‘modal’ kepada para pengundi untuk me­nentukan keputusan jika masalah itu berterusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya