Australia padam gambar Raja Charles III pada wang kertas $5

Australia padam gambar Raja Charles III pada wang kertas $5

BANK pusat Australia abadikan gambar Ratu Elizabeth II pada wang kertas $5.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Bank pusat Australia akan memadamkan gambar raja British, Raja Charles III daripada wang kertas $5 menggantikan imej mendiang Ratu Elizabeth II dengan reka bentuk yang menghormati budaya Orang Asli negara itu.

Keputusan itu bermakna tiada raja yang akan kekal dalam mata wang kertas Australia.

Australia ialah sebuah negara raja berperlembagaan dengan Charles III sebagai ketua negaranya.

Referendum yang mencadangkan pertukaran Australia kepada sebuah negara republik diketepikan pada tahun 1999.

Bank pusat itu berkata, wang kertas baharu itu akan mengambil masa beberapa tahun untuk direka bentuk dan dicetak dengan wang kertas $5 sedia ada kekal sah walaupun selepas reka bentuk baharu itu berada di tangan orang ramai.

Tindakan bank pusat itu disambut baik oleh pergerakan republik negara itu, yang menyatakan bahawa Orang Asli mendahului penempatan British selama 65,000 tahun.

Pengerusi Pergerakan Republik Australia, Craig Foster berkata, Australia percaya pada meritokrasi, jadi, idea untuk menggunakan imej seseorang pada mata wang tidak dapat diteruskan.

Begitu juga tanggapan terhadap kalangan yang harus menjadi ketua negara berdasarkan hak kelahiran, katanya. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya