129 jam: Penyelamat bersorak Allahuakbar! selepas selamatkan 5 sekeluarga - Utusan Malaysia

129 jam: Penyelamat bersorak Allahuakbar! selepas selamatkan 5 sekeluarga

Anggota pasukan penyelamat dan orang awam mencari mangsa yang mungkin masih hidup di bawah runtuhan bangunan di Kahramanmaras, Turkiye, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Bagaikan satu keajaiban. Setelah 129 jam terperangkap, pasukan penyelamat Turkiye berjaya menyelamatkan lima sekeluarga daripada runtuhan  rumah mereka sendiri.

Lapor Al Jazeera, pasukan penyelamat dikatakan mengeluarkan ibu dan anak perempuan, Havva dan Fatmagul Aslan terlebih dahulu dari timbunan runtuhan di bandar Nurdagi, di wilayah Gaziantep.

Pasukan itu kemudiannya mendapatkan bapa keluarga itu, Hasan Aslan, tetapi dia mendesak supaya penyelamat menyelamatkan dua  anaknya terlebih dahulu iaitu Zeynep dan anak lelakinya, Saltik Bugra.

Semasa mangsa terakhir iaitu bapa berkenaan dibawa keluar, penyelamat bersorak dan melaungkan: “Allahuakbar!”

Penyelamatan dramatik selepas 129 jam itu menjadikan sekurang-kurangnya sembilan orang berjaya  diselamatkan pada hari ini.

Setakat hari ini, angka korban mencecah 24,543 orang dengan 21,043 korban di Turkiye manakala lebih 3,500 di Syria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya