WHO mahu bekerjasama dengan China atasi lonjakan Covid-19

WHO mahu bekerjasama dengan China atasi lonjakan Covid-19

SEORANG pelarian Rohingya menjalani saringan Covid-19 dengan melakukan pengambilan sampel calitan hidung di pusat perlindungan sementara di Ladong, wilayah Aceh Indonesia pada 9 Januari lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  mahu bekerjasama dengan China untuk menguruskan lonjakan semula kes Covid-19 pada waktu peningkatan perjalanan orang ramai bagi menyambut Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun, maklum balas dari negara itu terus menghadapi cabaran akibat kekurangan data dan perbezaan cara laporan.

Covid-19 19 merebak di luar kawalan di China selepas negara itu menarik balik dasar Sifar Covid-19 pada Disember lalu, tetapi WHO berkata ia masih tidak mempunyai maklumat mencukupi dari China untuk membuat penilaian penuh bahaya lonjakan itu.

Perkara itu juga menjadi isu dalam bekerjasama dengan China mengenai cara mengurangkan risiko perjalanan menjelang cuti umum Tahun Baharu Cina, yang secara rasminya bermula dari 21 Januari, kata WHO.

Sebelum pandemik, musim perayaan itu dikenali sebagai sebagai penghijrahan tahunan terbesar di dunia.

Pengarah Jabatan Penyelarasan Amaran dan Tindak Balas WHO, Abdi Rahman Mahamud, berkata pihaknya bekerjasama dengan rakan sekerja mereka di China.

“Tetapi untuk memahami dengan lebih baik, kami memerlukan data itu,” tambahnya.

WHO juga berkata, China masih kurang melaporkan jumlah kematian akibat Covid-19, walaupun ia kini menyediakan lebih banyak maklumat mengenai wabak di negara itu.

“Terdapat beberapa jurang maklumat yang sangat penting sedang kami bekerjasama dengan China untuk merapatkan jurang itu,” kata Ketua Teknikal Covid-19, Maria Van Kerkhove.

Bagaimanapun, China berkata ia bersikap telus dengan data Covid-19 keluarannya.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu berkata, pegawai China bertukar pandangan dengan WHO pada awal Rabu lalu dalam sidang video mengenai isu termasuk keadaan semasa wabak, rawatan perubatan, vaksinasi dan perkara teknikal lain.

WHO juga berkata ia tidak lama lagi akan menerbitkan penilaian risiko bagi varian XBB.1.5 Omicron yang memacu peningkatan kes Covid-19 di Amerika Syarikat. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya