Ukraine dan Eropah perlu bersedia hadapi pelarian peperangan

Ukraine dan Eropah perlu bersedia hadapi pelarian peperangan

DUTA Besar AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Linda Thomas-Greenfield bertemu kanak-kanak Ukraine di pusat pelarian, Irpine dekat Kyiv pada 8 November 2022. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Berikutan serangan Russia yang semakin mendesak di timur Ukraine, Ketua Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberitahu bahawa kerajaan Ukraine dan Eropah harus bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang seterusnya iaitu orang yang melarikan diri dari peperangan.

Menurut laporan Channel News Asia, Pesuruhjaya Tinggi Pelarian, Filippo Grandi berkata, pihaknya juga mempunyai akses yang terhad untuk membantu penduduk Ukraine kerana tidak dibenarkan tentera Russia.

Katanya, risiko perang akan menyebabkan perpindahan pelarian dan kerajaan Ukraine dan Eropah perlu bersedia untuk perkara itu.

“Seperti yang kita lihat di mana-mana, di Mariupol, di Kherson, setiap kali pertempuran meningkat, orang ramai secara semula jadi akan cuba mencari perlindungan dan keselamatan,” katanya sambil merujuk kepada dua pertempuran paling sengit dalam pencerobohan Russia selama hampir setahun ke atas Ukraine.

Pihak berkuasa Ukraine memberi amaran minggu ini bahawa tentera Russia sedang meningkatkan serangan mereka untuk menawan bandar Bakhmut di wilayah perindustrian Donetsk.

Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) menganggarkan bahawa pertempuran sejak Februari tahun lalu mendorong seramai lapan juta orang meninggalkan negara itu manakala enam juta lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka ke bahagian lain di Ukraine.

Pegawai proksi Russia di kawasan timur Ukraine berkata, sebanyak lima juta rakyat Ukraine meninggalkan negara mereka untuk ke Russia.

Kata Grandi lagi, walaupun negara-negara Eropah membenarkan organisasinya bekerjasama dengan golongan yang melarikan diri dari konflik, Russia bagaimanapun tidak begitu menyukainya.

“Di Russia, kami mempunyai permintaan yang sangat terhad untuk membantu rakyat Ukraine.

“Kami terus menawarkan lebih banyak bantuan, tetapi bantuan harus datang dengan akses kepada orang tersebut dan ini sangat sporadis dan sangat terhad,” kata Grandi.

Permintaan UNHCR untuk mengakses pelarian kini di Rusia termasuk kanak-kanak bawah umur tanpa ditemani golongan dewasa mendapat tindak balas yang sangat perlahan.

Walaupun Russia membenarkan mereka akses ke beberapa pusat penginapan sementara, namun, itu hanya kemudahan yang sangat terhad di Russia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya