Tentera Israel tembak mati 10 rakyat Palestin di Tebing Barat

Tentera Israel tembak mati 10 rakyat Palestin di Tebing Barat

PENDUDUK Palestin membawa satu daripada sembilan mayat mangsa yang terbunuh dalam serbuan Israel di kem pelarian Jenin di Tebing Barat. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENIN: Tentera Israel di Tebing Barat membunuh 10 rakyat Palestin kelmarin, sembilan daripada mereka diserbu dalam operasi yang disifatkan tentera Israel sebagai operasi menentang keganasan.

Ia merupakan hari paling berdarah di Tebing Barat dalam beberapa tahun ini apabila berlaku semasa serbuan di kem pelarian yang sesak di bandar utara Jenin.

Tembakan berbunyi kuat di jalan-jalan dan asap berkepul-kepul dari kawasan yang terbakar.

Pegawai kesihatan Palestin meletakkan angka kematian seramai sembilan orang dalam pertempuran itu sambil menambah 20 orang lagi cedera sebelum tentera Israel berundur pada tengah pagi semalam.

Rakyat Palestin yang kesepuluh kemudiannya ditembak mati oleh tentera Israel di Al-Ram, dekat Ramallah, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Tentera Israel bagaimanapun berkata, mereka sebenarnya diserang semasa operasi menentang keganasan untuk menangkap skuad pengganas ‘Jihad Islam’ serta menembak beberapa pejuang musuh.

Sejak rekod bermula pada 2005, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak pernah mencatatkan angka kematian setinggi itu dalam satu operasi tentera Israel di Tebing Barat.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa melaporkan, lelaki yang kesepuluh ditembak mati sewaktu membuat protes terhadap pembunuhan sembilan rakyat Palestin dalam pertempuran di Jenin.

Keganasan itu mendorong Pihak Berkuasa Palestin mengumumkan pemberhentian penyelarasan keselamatan dengan Israel, satu langkah yang dikritik oleh Amerika Syarikat.

Antara yang disahkan maut di Jenin ialah Majeda Obeid, 61, yang berada beberapa meter jarak dari rumahnya dan menjadi sasaran tentera Israel.

Anak perempuannya, Kefiyat Obeid, memberitahu AFP, ibunya ditembak ketika dia mengintai ke luar tingkap ketika pertempuran itu.

“Selepas dia selesai solat, dia berhenti seketika untuk melihat dan ketika dia berdiri, dia terkena peluru di leher dan dia jatuh ke dinding dan kemudian ke lantai,” kata lelaki berusia 26 tahun itu kepada AFP. –AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya