Ramadan: Angkasawan UAE tidak perlu berpuasa di ISS

Ramadan: Angkasawan UAE tidak perlu berpuasa di ISS

SULTAN al-Neyadi menjadi warga UAE kedua yang akan berlepas ke ISS. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan al-Neyadi memberitahu dirinya tidak perlu berpuasa pada bulan Ramadan semasa dalam misi angkasa lepasnya nanti kerana keadaannya di sana tidak mewajibkannya untuk melaksanakan ibadah berkenaan.

Lelaki berusia 41 tahun itu akan menjadi angkasawan bangsa Arab pertama yang akan menghabiskan tempoh selama enam bulan di angkasa lepas apabila dia akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bulan depan dengan menaiki roket SpaceX Falcon 9.

Sultan bersama-sama Stephen Bowen dan Warren Hoburg dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan Andrey Fedyaev dari Russia dijadualkan terbang ke ISS pada 26 Februari depan sebagai ahli SpaceX Dragon Crew-6.

Ketika ditanya dalam sidang akhbar bagaimana dia akan menyambut bulan suci Ramadan apabila umat Islam biasanya berpuasa dari subuh hingga matahari terben
am, Sultan berkata, keadaannya itu akan dikecualikan.

“Saya berada dalam takrif pengembara dan sebenarnya boleh berbuka puasa. Ia tidak wajib.”

“Sebenarnya berpuasa tidak wajib jika anda tidak sihat,” kata Sultan.

Sultan menambah, ketika berada di angkasa lepas, dia didefinisikan sebagai pengembara dan dibolehkan untuk tidak berpuasa sambil berkata ia tidak wajib.

Jadi, katanya, dalam hal ini, apa sahaja yang boleh menjejaskan misi atau mungkin meletakkan anak kapal dalam risiko, angkasawan sebenarnya dibenarkan makan dan minum dengan mencukupi.

Sultan akan menjadi warga negara kedua UAE mengikuti penerbangan ke angkasa lepas.

Pada September 2019, angkasawan UAE pertama, Hazzaa al-Mansoori menghabiskan masa selama lapan hari di ISS.

Pegawai NASA berkata, mereka menjangkakan ahli SpaceX Dragon Crew-6 akan menerima proses penyerahan tugas selama lima hari di ISS bagi menggantikan empat anggota Dragon Crew-5 yang berada di ISS sejak Oktober tahun lalu.

Turut berada dalam ISS pada masa ini ialah tiga angkasawan yang akan pulang kerana pesawat mereka, kapsul kru Soyuz rosak akibat serangan meteoroid kecil pada bulan Disember tahun lalu.

Russia merancang untuk menghantar kapal angkasa kosong ke ISS pada 20 Februari ini untuk membawa pulang ketiga-tiga angkasawan berkenaan iaitu Dmitry Petelin, Sergei Prokopyev dan angkasawan NASA, Frank Rubio.

Kapsul kru Soyuz MS-22 rosak berikutan penyejuk radiator bocor selepas serangan meteoroid. –AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya