Puluhan ribu penduduk Israel protes 

Puluhan ribu penduduk Israel protes 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Puluhan ribu rakyat Israel berhimpun di tiga bandar utama untuk membantah rancangan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang  merombak sistem perundangan negara itu dan melemahkan Mahkamah Agung.

Menurut laporan Al Jazeera, bantahan yang dibuat Sabtu lalu di bandar Tel Aviv, Baitulmaqdis dan Haifa memberikan amaran awal kepada Netanyahu.

Malah, Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir, mengarahkan polis mengambil tindakan tegas jika penunjuk perasaan menghalang jalan atau mempamerkan bendera Palestin.

Media Israel yang memetik kenyataan polis berkata, orang ramai di Dataran Habima Tel Aviv meningkat kepada sekurang-kurangnya 80,000 orang, walaupun cuaca sejuk dan hujan.

Penunjuk perasaan kebanyakannya menutup tubuh badan mereka dengan payung, memegang bendera dan papan tanda Israel yang bertulis ‘kerajaan jenayah’, ‘berakhir demokrasi’ dan slogan-slogan lain.

Rakaman media sosial turut menunjukkan sebilangan kecil bendera Palestin dipamerkan.

“Mereka cuba memusnahkan semak dan imbang demokrasi Israel. Ini tidak akan berjaya.

“Dan kami akan berjuang sehingga saat-saat akhir untuk menyelamatkan demokrasi Israel,” kata Asaf Steinberg, seorang penunjuk perasaan dari Herzliya di pinggir bandar Tel Aviv.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya