Puluhan kartun ejek pemimpin: Iran beri amaran kepada Perancis

Puluhan kartun ejek pemimpin: Iran beri amaran kepada Perancis

SEKUMPULAN penunjuk perasaan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan berhubung layanan terhadap wanita di Iran diikuti kematian tahanan, Mahsa Amini November tahun lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Iran memberi amaran keras kepada Perancis berhubung majalah satira, Charlie Hebdo memaparkan berpuluh kartun yang mengejek serta menjadikan bahan lawak jenaka figura-figura politik dan pemimpin agama tertinggi negara mereka termasuk pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khemenei.

Majalah satira mingguan itu didakwa berbuat demikian sebagai sebahagian daripada sokongan gerakan protes di Iran berhubung isu kematian seorang tahanan wanita, Mahsa Amini, 22, akibat kesalahan pemakaian hijab, tiga bulan itu.

Malah, tindakan tersebut juga sebagai lambang ‘dendam’ sambutan ulang tahun 12 rakyat Perancis dibunuh di Paris termasuk kartunis terkenal negara itu.

Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian berkata, tindakan menghina dan tidak senonoh penerbitan Perancis itu akan diberi tindak balas yang berkesan dan tegas.

“Kami tidak akan membenarkan kerajaan Perancis bertindak di luar batasan. Mereka memilih laluan yang salah,” katanya.

Sebagai tindak balas awal, Hossein memberitahu, beliau sudah memanggil menghadap Duta Perancis di Iran, Nicolas Roche.

Penyokong Perancis menjulang Charlie Hebdo sebagai juara kebebasan bersuara manakala pengkritik bebas menganggap hal itu sebagai provokatif yang tidak perlu.

Namun, dikatakan Charlie Hebdo dianggap memiliki gaya tersendiri dan sengaja mencipta kontroversi walaupun dalam hal berkaitan Perancis.

Bagaimanapun, pada Januari 2015, seluruh Perancis berduka apabila menjadi sasaran serangan maut oleh lelaki bersenjata yang mendakwa mahu membalas dendam berhubung tindakan keputusan majalah itu menerbitkan kartun nabi Muhammad.

HINA KESUCIAN ISLAM

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Luar, Nasser Kanani berkata, Perancis tidak berhak menghina kesucian negara dan negara Islam lain dengan alasan kebebasan bersuara.

“Iran kini menunggu penjelasan kerajaan Perancis dan mereka perlu bertanggungjawab di atas penerbitan majalah negara itu yang tidak boleh diterima akal,” katanya.

Perkara yang menjadi isu dalam penerbitan kali ini adalah dengan mepaparkan pelbagai imej seksual yang menggambarkan Khamenei dan rakan-rakan ulama.

Kartun lain pula menunjukkan pihak berkuasa menggunakan hukuman mati sebagai taktik untuk memadamkan protes.

Dalam pada itu, Pengarah Charlie Hebdo, Laurent Sourisseau pula menulis dalam artikel menerusi majalah itu memberitahu, tindakan mereka adalah satu daripada cara untuk menyokong lelaki dan wanita Iran yang merisikokan diri mereka untuk mempertahankan kebebasan menentang teokrasi (sistem kerajaan yg menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara) yang tertindas sejak 1979.

“Kesemua kartun diterbitkan mempunyai merit untuk menentang kuasa pemimpin tertinggi, kumpulan hambanya dan pengikut-pengikut lain,” katanya.

CUBAAN CAMPUR TANGAN

Sementara itu, bekas menteri dan Ahli Parlimen Eropah, Nathalie Loiseau pula menggambarkan maklum balas Iran berhubung isu ini sebagai cubaan campur tangan dan ancaman.

“Biar ia jelas, rejim yang menindas dan teokratik di Tehran tidak mempunyai apa-apa untuk mengajar Perancis,” ujarnya.

Di Perancis, Khamenei dilihat sebagai pemimpin yang tidak boleh dikritik dalam kalangan rakyat Iran.

Rejim Iran dikatakan goyang tiga bulan lalu berikutan berlaku protes besar-besaran pada 16 September lalu ekoran kematian seorang tahanan wanita, Mahsa Amini, 22, akibat kesalahan pemakaian hijab.

Dalam protes itu, kumpulan hak asasi manusia, Iran Human Rights mendakwa sekurang-kurangnya 476 rakyat terbunuh. –AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya