Penulis buku bunuh diri dua tahun lalu mahu kembali menulis

Penulis buku bunuh diri dua tahun lalu mahu kembali menulis

BERITA mengenai Susan Meachen hidup semula untuk menulis buku menjadi tular dalam media sosial. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENNESEE: Penulis buku fiksyen romantik yang diisytiharkan meninggal dunia dua tahun lalu menggemparkan orang ramai apabila mendakwa dirinya masih hidup dan akan kembali menulis.

Menurut laporan Oddity Central, pada september 2020, Susan Meachen dikatakan membunuh diri kerana tidak tahan dengan buli siber.

Pada waktu itu, seseorang yang mengaku sebagai anak perempuan kepada Meachen mengumumkan kejadian tragis itu menerusi Facebook.

Penghormatan daripada peminat dan pengarang-pengarang yang pernah mengenali dan bekerja bersama dengannya mencurah-curah.

Beberapa tahun selepas itu, profail Facebook Meachen seperti digunakan oleh keluarganya bagi menyiarkan penghormatan, bahan inspirasi serta mempromosikan bukunya.

Ada yang mendakwa membeli banyak hasil kerjanya sebagai cara untuk menyara keluarganya yang sedang berduka.

Tetapi beberapa hari lalu, sesuatu yang pelik berlaku apabila seseorang yang mengaku sebagai Susan Meachen menggunakan Facebook untuk mengumumkan bahawa dia sebenarnya tidak mati dan akan kembali menulis.

Rakan pengarang, Samantha A. Cole berkata, apa yang berlaku amat mengelirukan sama ada ia mempunyai ciri-ciri psikotik atau pun tidak.

“Itu di luar psikotik, sama ada Susan sendiri atau anak perempuannya yang membuat komen ini, untuk secara sedar mengelirukan seseorang yang sedang bersedih.

“Sekarang saya berhati-hati dengan sesiapa yang tidak pernah saya temui secara langsung, yang saya berkawan di Facebook, dan itu sangat menyedihkan,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya