Menteri Iran gesa kelonggaran diberi kepada wanita tidak

Menteri Iran gesa kelonggaran diberi kepada wanita tidak bertudung

Ezzatollah Zarghami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Seorang menteri Iran menggesa kerajaan melonggarkan peraturan dan menekankan toleransi yang lebih besar terhadap wanita yang tidak memakai hijab sejajar dalam tempoh protes berbulan-bulan lamanya yang dicetuskan daripada kematian dalam tahanan, Mahsa Amini.

Menteri Pelancongan dan Warisan, Ezzatollah Zarghami bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat kerajaan, beliau merujuk kepada fakta bahawa semakin ramai wanita dilihat tidak memakai hijab sejak kematian Amini pada 16 September.

“Pemikiran tertutup, malangnya wujud di negara ini, tetapi kita tidak boleh lagi bersikap keras terhadap rakyat.

“Untuk membangunkan pelancongan dan meningkatkan kehidupan sosial, anda perlu membuka ruang, memahami rakyat dan tidak tegas dengan mereka,” kata Ezzatollah, lapor agensi berita ISNA dan beberapa akhbar.

Ezzatollah berkata, dia menasihatkan mana-mana lelaki yang berkelakuan kasar terhadap wanita yang tidak berhijab supaya memejamkan mata jika dengan cara melihatnya akan menaikkan nafsu syahwat mereka.

Amini, seorang Kurdis Iran berusia 22 tahun, meninggal dunia dalam tahanan selepas ditangkap oleh polis moral kerana didakwa melanggar kod pakaian yang ketat di negara itu.

Ezzatollah dikritik hebat oleh ultra konservatif pada Oktober lalu selepas dilaporkan mengkritik polis moral.

Sejak tercetusnya protes, unit polis moral yang didakwa melaksanakan peraturan hijab kurang kelihatan di jalanan dan wanita semakin berani turun ke jalan raya tanpa bertudung wajib.

Tetapi pihak berkuasa memberi isyarat ketat kepada semua wanita di negara itu sejak awal tahun dengan polis memberi amaran bahawa wanita mesti memakai tudung walaupun di dalam kereta.

Awal bulan ini, ketua pendakwa raya mengeluarkan arahan di mana polis diperintahkan untuk menghukum dengan tegas sebarang pelanggaran hijab dan mahkamah harus menjatuhkan hukuman dan denda kepada pelanggar, dengan penalti tambahan seperti buang negeri, larangan mengamalkan profesion tertentu dan menutup tempat kerja.

Iran berkata beratus-ratus orang, termasuk anggota keselamatan terbunuh dan beribu-ribu ditangkap berkaitan dengan protes yang secara umumnya mereka sifatkan sebagai rusuhan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya