Lelaki ditahan kencing atas tubuh warga emas dalam pesawat

Lelaki ditahan kencing atas tubuh warga emas dalam Air India

SEORANG wanita berjalan melepasi papan iklan memaparkan jenama Air India di Mumbai, India.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang bekas eksekutif sebuah perbankan gergasi Amerika Syarikat, Wells Fargo ditahan polis selepas didakwa kencing ke atas tubuh seorang penumpang warga emas dalam pesawat Air India.

Sebelum itu, Shankar Mishra, seorang naib presiden bank yang dipecat itu dikatakan menyembunyikan diri daripada pihak berkuasa selepas kencing ke atas tubuh seorang wanita berkenaan November lalu.

Wanita itu turut melaporkan kejadian itu kepada pengurusan syarikat penerbangan berkenaan.

Laporan media berkata, Mishra menutup telefon bimbitnya tetapi tetap berhubung dengan rakan-rakannya menerusi media sosial selain membuat transaksi kad kredit di Bangalore, sekali gus lokasi keberadaannya dapat dijejaki polis.

Mishra dibawa ke New Delhi di mana pihak polis membuat siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Jurucakap polis New Delhi mengesahkan penahanan Mishra kepada AFP tanpa memberi sebarang maklumat terperinci.

Pihak bank Wells Fargo berkata, pekerjanya itu dibuang kerja selepas kejadian tersebut.

Mishra dilaporkan berada dalam keadaan mabuk ketika dalam perjalanan dari New York ke New Delhi pada 26 November tahun lalu.

Dia dikatakan membuka zip seluarnya dan terus kencing ke atas tubuh wanita warga emas berusia 72 tahun yang duduk di kerusi kelas perniagaan.

Syarikat penerbangan itu pula berkata, pihaknya gagal menangani insiden itu dengan baik sebaliknya menilai semua polisi menyediakan alkohol dalam pesawat.

Ketua Eksekutif Air India, Campbell Wilson berkata, insiden berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan dapat ditangani dengan baik.

“AirIndia mengambil maklum berhubung kejadian ini yang sepatutnya ditangani dengan lebih baik, sama ada di darat atau ketika berada di udara. Kami komited untuk mengambil tindakan,” katanya. –AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya