Kanada lantik wakil khas perangi Islamophobia - Utusan Malaysia

Kanada lantik wakil khas perangi Islamophobia

Amira Elghawaby -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Kanada melantik wakil khas pertamanya untuk memerangi Islamophobia susulan beberapa serangan terhadap umat Islam di negara itu.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dalam kenyataan berkata, wartawan dan aktivis, Amira Elghawaby, dipilih untuk berkhidmat sebagai penasihat, pakar dan wakil kerajaan.

“Beliau berperanan menyokong dan meningkatkan usaha kerajaan persekutuan dalam memerangi Islamofobia, kebencian sistemik, diskriminasi kaum dan sikap tidak bertolak ansur antara agama,” katanya.

Dikenali sebagai pejuang hak asasi manusia yang aktif, Elghawaby bertugas sebagai ketua komunikasi untuk Yayasan Perhubungan Perkauman Kanada dan kolumnis untuk akhbar Toronto Star, dan pernah berkerja selama lebih sedekad di penyiar awam CBC.

Trudeau menyifatkan perlantikan Elghawaby sebagai langkah penting dalam memerangi Islamofobia dan kebencian dari segala aspek.

“Kepelbagaian adalah satu kekuatan terbesar Kanada, tetapi bagi kebanyakan orang Islam, Islamofobia sudah menjadi satu kebiasaan,” katanya.

Pada Jun 2021, empat sekeluarga terbunuh apabila seorang lelaki melanggar mereka dengan traknya di London, Ontario.

Empat tahun sebelum itu, enam orang Islam maut dan lima cedera dalam serangan ke atas masjid di Bandaraya Quebec.

Dalam catatannya di Twitter, Elghawaby menyenaraikan nama mereka yang terbunuh dalam serangan baru-baru ini.

Jawatan baharu itu disyorkan oleh sidang kemuncak kebangsaan mengenai Islamofobia yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan pada Jun 2021 sebagai tindak balas terhadap serangan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya