Jadual kerja fleksibel baik untuk pekerja, majikan

Jadual kerja fleksibel baik untuk pekerja, majikan-PBB

BEKERJA waktu fleksibel terbukti meningkatkan produktiviti pekerja dan majikan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan jadual kerja yang fleksibel seperti mana yang diperkenalkan sewaktu krisis Covid-19 adalah baik untuk pekerja.

Selain itu, langkah itu juga baik untuk majikan serta dapat meningkatkan produktiviti dan potensi perniagaan.

Dalam laporan yang memfokuskan kepada keseimbangan bekerja dan kehidupan, Pertubuhan Buruh Antarabangsa PBB membuat satu penilaian berkaitan kesan waktu kerja, jam bekerja dan jadual kerja terhadap kesejahteraan pekerja dan prestasi perniagaan.

Ketua penulis laporan tersebut, Jon Messenger berkata, laporan tersebut menunjukkan, jika melaksanakan beberapa perkara yang pernah dilakukan sewaktu krisis Covid-19, ia akan mewujudkan situasi menang-menang.

Laporan itu mengukur maklum balas krisis dalam kerajaan dan perniagaan yang pernah dilaksanakan sewaktu pandemik berleluasa.

Malah, laporan tersebut turut menyasarkan fungsi organisasi dan pekerja. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya