Florida negeri ke-26 benar rakyat miliki senjata api

Florida negeri ke-26 benar rakyat miliki senjata api

FLORIDA terkenal sebagai negeri pelancongan yang memiliki pantai yang bersih dan indah di Amerika Syarikat. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Florida di tenggara Amerika Syarikat  (AS)tidak lama lagi menjadi negeri ke-26 di negara itu yang membenarkan individu membawa senjata ke mana-mana sahaja tanpa permit.

Langkah ini menjadi satu trend yang semakin meningkat di AS selain membimbangkan kumpulan keselamatan senjata api, lapor NBC News.

Pemimpin Republikan dalam badan perundangan Florida berkata, mereka juga berhasrat untuk memperkenalkan undang-undang tersebut apabila mengadakan sesi perundangan pada 7 Mac depan.

Pihak Konservatif dan aktivis hak senjata turut menganggapnya sebagai kategori perundangan yang menyokong Perlembagaan.

“Ia sah walaupun tiada peruntukan dalam Perlembagaan secara jelas yang membenarkan hak untuk membawa senjata tersembunyi dan tidak berlesen, menurut laporan itu.

Aktivis keselamatan senjata api dan kawalan senjata api, serta kumpulan neutral lebih suka melabelkan kategori perundangan ini sebagai “pembawa (senjata api) tanpa permit,” kata NBC News.

Pada 2021, Arizona, Iowa, Montana, Tennessee, Texas dan Utah menggubal undang-undang yang membenarkan individu membawa senjata api tanpa permit dan tahun lepas, Alabama, Georgia, Indiana dan Ohio juga melakukan perkara sama, menurut laporan itu.

Negeri-negeri lain di mana penggubal undang-undang cuba memperkenalkan undang-undang bawa senjata api tanpa permit dua tahun lalu termasuk Virginia, Louisiana, Carolina Selatan dan Nebraska.

Bagaimanapun, usaha itu gagal dan terus berdepan kritikan yang meningkat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya