Dokumentari BBC mengenai Modi satu propaganda

Dokumentari BBC mengenai Modi satu propaganda

KENDERAAN terbakar di Ahmedabad, India pada 28 Februari 2002 di mana berlaku rusuhan kaum sehingga lebih 1,000 penduduk maut.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kementerian Luar India menolak dokumentari BBC mengenai Perdana Menterinya, Narendra Modi yang dipersoalkan kepemimpinannya semasa rusuhan Gujerat 2002 kerana dianggap satu propaganda.

Menurut laporan Al Jazeera, Modi merupakan Ketua Menteri Negeri Barat Gujarat sewaktu rusuhan kaum yang menyebabkan lebih 1,000 orang terkorban, kebanyakannya beragama Islam.

Keganasan tercetus selepas kereta api yang membawa jemaah Hindu terbakar, mengorbankan 59 orang.

Laporan siasatan United Kingdom (UK) yang dipamerkan dalam siri dokumentari itu merujuk peristiwa itu sebagai kempen keganasan sistematik yang mempunyai semua ciri pembersihan etnik dan meletakkan tanggungjawab langsung terhadap Modi.

Bagaimanapun, laporan kerajaan UK tidak pernah didedahkan kepada umum sehingga ia didedahkan dalam dokumentari.

Menurut dokumentari yang dikeluarkan pada hari Selasa lalu, pasukan penyiasat mendakwa Modi menghalang polis daripada menghentikan keganasan yang disasarkan kepada orang Islam.

Memetik sumber sebagai berkata, Modi juga secara khusus mengarahkan pihak berkuasa untuk tidak campur tangan.

Jurucakap Kementerian Luar India, Arindam Bagchi mengistilahkan dokumentari BBC sebagai sebuah propaganda yang bermaksud untuk berat sebelah, kekurangan objektiviti dan pemikiran penjajah yang berterusan terlihat secara terang-terangan di dalamnya.

“Ia membuatkan kami tertanya-tanya tentang agenda di sebaliknya dan kami tidak mahu memartabatkan usaha tersebut,” katanya dalam sidang akhbar.

BBC ketika dihubungi untuk mendapatkan komen berkata, dokumentari itu diselidik dengan teliti dan melibatkan pelbagai suara dan pendapat termasuk maklum balas daripada orang ramai dalam Parti Bharatiya Janata (BJP) Modi.

“Kami menawarkan kerajaan India hak untuk menjawab perkara yang dibangkitkan dalam siri itu, namun, ia enggan bertindak balas,” kata jurucakap BBC.

Caption
KENDERAAN terbakar di Ahmedabad, India pada 28 Februari 2002 di mana berlaku rusuhan kaum sehingga lebih 1,000 penduduk maut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya