LONDON: Seorang ibu dikecam dalam media sosial kerana menamakan anak lelakinya yang baru lahir, Coast yang membawa maksud pantai.
Bagi Calyn Breann, Coast membawa maksud tersendiri baginya iaitu keupayaan untuk membantunya menyerlah selain tidak ‘makan’ usia.
Breann dalam aplikasi TikTok turut berkongsi paparan video dirinya mendukung Coast dengan kapsyen;
“Anda sepatutnya menamakan dia sesuatu yang berbeza, namanya tidak akan tua.”
Tindakan Breann bagaimanapun dikecam warganet dan berharap dia menukar nama bayi itu dengan nama lain.
Bagi warganet yang lain, nama Coast adalah merupakan satu kesilapan besar yang akhirnya akan dikesali oleh Breann.
Seorang warganet yang juga guru memberitahu, sebagai seorang guru, dia boleh mengeja dan menyebutnya dengan mudah.
“Jadi dari perspektif ini, syabas,’ jelasnya.
Seorang lagi warganet berkata: “Saya secara peribadi tidak suka nama itu, tetapi ia adalah anak anda dan sebagai seseorang yang memberi anak mereka nama yang unik, siapalah saya untuk menilai.”