28 maut ditembak penyerang bersenjata Burkina Faso

28 maut ditembak penyerang bersenjata Burkina Faso

ASKAR Burkina Faso sentiasa menjadi sasaran penyerang bersenjata yang turut mengorbankan penduduk tempatan. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WAGADUGU: Sekurang-kurang­nya 28 orang terbunuh termasuk tentera dan orang awam dalam dua serangan oleh penyerang bersenjata di Burkina Faso, Ahad lalu.

Pihak tentera berkata, unit tempur di Falagountou di utara negara itu iaitu berhampiran dengan sempadan Niger di­serang menyebabkan 10 askar, dua anggota sukarelawan dan seorang orang awam terbunuh.

Malah, jelas tentera lagi, sebanyak 15 mayat lagi turut ditemukan selepas serangan itu.

Dalam satu kenyataan berasi­ngan pada Isnin lalu, Gabenor Wilayah Cascades, Jean Charles dit Yenapono Some berkata, pihaknya mengesahkan me­nemukan 15 mayat lelaki, ke­semuanya orang awam.

Jean menambah, lelaki bersenjata dikatakan turut menahan dua kenderaan pengangkutan awam yang membawa lapan wanita dan 16 lelaki.

Wanita dan seorang lelaki bagaimanapun dibebaskan, katanya.

“Kelmarin, pada mayat-ma­yat mang­sa terdapat kesan-ke­san peluru yang ditemukan berhampiran kampung Linguekoro,” kata gabenor tersebut. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya