Aurora fenomena alam luar biasa - Utusan Malaysia

Aurora fenomena alam luar biasa

EDI SISWANTO memandang ke arah cahaya aurora di Pulau Lofoten, Norway.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AURORA adalah fenomena langit yang indah dengan menampilkan pelbagai warna cahaya. 

Keindahan aurora adalah salah satu rahsia alam semesta yang menarik untuk dikaji. 

Namun, tahukah anda mengapa warna aurora sering berbeza-beza? 

Menurut National Geographic, warna aurora yang bervariasi dan penuh kepelbagaian bergantung kepada ketinggian serta jenis atom yang terlibat. 

Jika ion bercampur atom oksigen yang tinggi di atmosfera, interaksi akan menghasilkan cahaya berwarna merah. 

Cahaya aurora merah adalah situasi yang jarang berlaku kerana warna aurora yang kebiasaannya adalah hijau dan kuning. 

Warna itu terhasil ketika ion bercampur oksigen di ketinggian yang lebih rendah. 

Sedangkan, cahaya berwarna kemerahan dan kebiruan yang sering muncul di bahagian bawah aurora merupakan hasil campuran ion dengan atom nitrogen. 

Ion yang bercampur atom hidrogen serta helium akan menghasilkan aurora berwarna biru dan ungu, meskipun mata manusia seringkali tidak dapat mengesan bahagian elektromagnetik itu. 

Bagi mengetahui lebih mendalam mengenai warna yang dihasilkan cahaya aurora, para pengkaji melancarkan satelit yang dirancang khusus mempelajari aurora. 

Satelit tersebut adalah  Image for Magnetopause-to-Aurora Global Exploration (IMAGE).

Sehingga 2005, NASA menggunakan gelombang ultraviolet dan radio untuk mengkaji aurora serta mempelajari bagaimana aurora terbentuk dan mengapa warna aurora sentiasa berbeza-beza menerusi satelit IMAGE.

BAGAIMANA AURORA TERBENTUK?

Aurora terbentuk hasil aktiviti matahari, bola gas sangat panas dan terdiri daripada partikel elektrik dikenali sebagai ion. 

Ion yang terus mengalir dari permukaan matahari dikenali sebagai angin matahari. 

Ketika mendekati bumi, sebahagian angin matahari akan terhalang oleh magnestosfer. 

Sedangkan sebahagian lain terperangkap di kawasan rintangan yang berbentuk cincin di sekitar bumi. 

Kawasan ini disebut sebagai ionosfer dan berpusat di sekitar kutub geomagnetik bumi yang terletak sekitar 1,300 kilometer dari kutub geografis. 

Pada ionosfer tersebut, ion angin matahari dan atom oksigen serta nitrogen dari atmosfera bumi terbentuk. 

Tenaga yang dilepaskan ketika pembentukan itu menyebabkan lingkaran cahaya berwarna-warni di sekitar kutub atau dikenali sebagai aurora. 

Kebanyakan aurora terjadi sekitar 97 hingga 1,000 km atas permukaan bumi. 

Fenomena itu paling aktif berlaku ketika angin matahari paling kuat, meskipun angin matahari kebiasaannya tidak berubah.  

Namun, berbeza dengan angin matahari, cuaca matahari yang sering diukur dalam bintik matahari dapat berubah setiap hari. 

Aktiviti bintik matahari dikesan selama kitaran 11 tahun dan akan menghasilkan aurora yang cerah serta konsisten terlihat sepanjang aktiviti bintik matahari. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya