Api perjuangan Senoi Praaq yang disemarakkan oleh wira-wira masyarakat Orang Asli tidak terpadam apabila pasukan ini terus diisi dengan kemasukan anggota-anggota baharu. Ia sekali gus meneruskan kesinambungan Orang Perang ini yang digeruni musuh dan disegani rakan seangkatan. Senoi Praaq yang ditubuhkan pada 16 Mac 1955 ilham Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ketika itu, Leftenan Kolonel ROD Noone adalah bagi menyekat pengaruh komunis dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Tugas ketika itu ialah membuat tinjauan dalam hutan serta menjalankan tindakan melawan insurgensi di kawasan masyarakat Orang Asli. Mereka diberi kuasa polis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya