Kuih Abok-Abok gamit nostalgia - Utusan Malaysia

Kuih Abok-Abok gamit nostalgia

Kuih Abok-Abok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUIH tradisional seperti Kuih Abok-Abok ini jarang ditemui. Beruntung jika dapat merasa kuih tradisional ini daripada air tangan orang lama, orang tua-tua atau nenek moyang kita.

Kuih ini ada dalam pelbagai versi. Lain negeri lain cara membuatnya. Ada yang membalut kuih ini menggunakan daun pisang. Bahan yang digunakan pula sangat ringkas.

Prof. Datuk Cef Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Cef Zam berkongsi resipi Kuih Abok-Abok bagi mengembalikan nostalgia kuih tradisional ini.
Sajian ini sedap dimakan ketika masih panas dan dijamu pada minum petang untuk berbuka puasa nanti.

RESIPI KUIH ABOK-ABOK

Bahan-bahan

4 cawan sagu

2 cawan kelapa parut

2 cawan gula Melaka

1 sudu teh vanila

Sedikit bunga telang kering

Sedikit garam

Cara penyediaan

1. Rendam sagu selama setengah jam sehingga sedikit kembang. Tapis dan toskan.

2. Gaulkan sagu bersama kelapa parut dengan sedikit garam. Tambahkan vanila. Kacau rata.

3. Bahagikan adunan sagu kepada tiga bahagian.

4. Masukkan satu adunan ke dalam loyang. Hiaskan di atas bunga telang.

5. Taburkan gula Melaka yang telah dihancurkan ke atas sagu dan kelapa parut.

6. Ulang teknik lapisan ini sehingga adunan habis.

7. Taburkan gula Melaka dan bunga telang di atasnya.

8. Kukus selama satu jam atau sehingga masak. Sejukkan sebelum dihidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya